top of page
  • Wartawan Nabalu News

Jalan Penampang-Tambunan terputus akibat runtuhan tanah



19 Sept 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Hujan lebat yang berterusan telah mengakibatkan jalan utama yang menghubungkan daerah Penampang-Tambunan terputus akibat runtuhan tanah di Kilometer 52.35.


Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Farhan Sufyan Borhan, berkata dalam kejadian sekitar jam 7 malam tadi, hampir 30 meter jalan tersebut telah terputus.


Menurut beliau, kejadian runtuhan jalan tersebut telah berlaku berdekatan dengan Air Terjun Masakob dan tiada sebarang kemalangan jiwa atau kenderaan yang dilaporkan setakat ini.

“Semua jenis kenderaan tidak boleh melalui jalan berkenaan kerana jalan tersebut telah runtuh sepenuhnya dan ianya diketegorikan sebagai berbahaya.


“Oleh itu jalan alternatif lain bagi pengguna jalan yang menghubungkan kedua-dua dearah tersebut boleh menggunakan laluan Jalan Kimanis-Keningau,” katanya.


Menurut laporan Astro Awani, tanda amaran kepada pengguna jalan raya tersebut telah diletakkan.




bottom of page