• Wartawan Nabalu News

Jambatan gantung rosak, murid SK Dandun terpaksa naik perahu kecil



18 Feb 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


PITAS: Seramai 58 murid SK Dandun Pitas dari lima buah kampung terpaksa berlang alik menaiki perahu kecil menyeberangi Sungai Bengkoka kerana jambatan gantung Kampung Dandun yang menghubungkan dua kawasan itu rosak terk akibat banjir baru-baru ini.


Ketua Kampung Kg. Bilangau Besar Eddword Upak bekata, kanak-kanak sekolah yang terlibat adalah dari kampung Bilangau Besar, Kg.Sapatalang, Kg.Salungkapit, Kg.Mandurian Laut dan Kg.Kobon Pitas.

“Jambatan gantung yang rosak teruk berikutan banjir besar baru-baru ini tidak dapat digunakan dan menyebabkan kampung-kampung yang terlibat terpaksa membayar tambang perahu untuk menyeberangi sungai termasuklah pelajar sekolah.


“Oleh itu kami merayu kepada pihak kerajaan supaya dapat mengambil tindakan segera membaiki jambatan gantung ini demi keselesaan dan keselamatan penduduk kampung yang terlibat,” katanya di sini, hari ini.


Eddword berkata, jambatan gantung itu perlu dibaki segera kerana ia adalah satu-satunya jalan pintas penduduk kampung dan murid ke sekolah dan klinik kesihatan.

“Selain laluan utama murid dari lima buah kampung pergi sekolah, jambatan gantung yang terletak di Kampung Dandun ini juga penting untuk laluan penduduk kampung dari 30 buah kampung untuk ke Klinik Kesihatan.