Jambatan KM1.337 Jalan Tulangis, Penampang dibuka semula 21 Oktober
- nabalunews
- Oct 16, 2024
- 1 min read

16 Oktober 2024
PENAMPANG: Jambatan di Kilometer 1.337, Jalan Tulangis, Penampang, akan dibuka semula pada 21 Oktober ini.
Berdasarkan notis dikeluarkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah, pembukaan semula jambatan itu dibuat dua bulan lebih awal berbanding jadual asal.
Jambatan berkenaan sebelum ini ditutup untuk kerja pembaikan sejak 15 Mac lalu.
Ia dijadual siap dan dibuka semula pada 15 Disember 2024.
Jalan Tulangis yang dihubungkan jambatan berkenaan menjadi laluan pengguna dari kampung sekitar, selain menjadi laluan alternatif menghubungkan Putatan dan Penampang.
Penutupan jambatan berkenaan menyebabkan pengguna dari arah Putatan dan Penampang terpaksa menggunakan laluan lencongan di jambatan baharu jajaran Lebuhraya Pan Borneo Putatan-Penampang-Inanam.
Comments