top of page

Jamboree WRS 4X4 Club ke-8 di Kota Belud

Wartawan Nabalu News


15 November 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Seramai 90 peserta WRS 4X4 Club dari seluruh Sabah mengambil bahagian dalam Jamboree WRS 4X4 Club ke-8, di Supu'an Purakogis Campsite, di sini.


Presiden kelab, Thompson Teo, mengucapkan terima kasih kepada ADUN Kadamaian yang juga penaung WRS 4X4 Club Datuk Ewon Benedick atas sumbangan dana menjayakan jamboree ini, menyokong jamboree yang akan datang dan pertandingan 4X4 rally di Penampang.

Penyerahan sumbangan itu diwakili oleh CDO UPPM Kadamaian, Juin Kolod, mewakili Ewon.


Juin menghargai penganjuran program seperti ini, kerana selain dapat mengeratkan hubungan antara ahli-ahli, keluarga dan rakan-rakan, ianya juga dapat mewujudkan semangat kekitaan dan kesukarelawanan dalam kalangan ahli-ahli 4X4.


Jamboree itu turut menampilkan pelbagai aktiviti dan pertandingan, seperti karaoke karaoke, camping, pertandingan SS 4X4 dan sukaneka.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page