top of page
Wartawan Nabalu News

Jannie: Terus kibarkan Jalur Gemilang sebagai lambang cinta negara


10 Ogos 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kepayan, Jannie Lasimbang, menggesa orang ramai untuk terus kibarkan Jalur Gemilang bagi menggelorakan semangat rasa cintakan negara.


Beliau berkata, sikap hanya menunggu dan mengharapkan Jalur Gemilang percuma juga perlu dibuang serta ubah persepsi bahawa hanya agensi kerajaan sahaja yang perlu meraikan sambutan ini.


“Semua juga harus sama-sama menerapkan mentaliti dan menyuntik sikap memandang tinggi dan menghormati Jalur Gemilang sebagai lambang identiti negara yang gah.


“Peka dengan keadaan Jalur Gemilang di sekeliling kita sekiranya lusuh atau koyak segeralah ambil inisiatif untuk membeli dan menggantikannya dengan yang baharu,”katanya ketika berucap sempena program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2023 peringkat daerah Penampang 2023, pada Rabu.


Pada majlis tersebut, seramai 500 orang terdiri daripada penjawat awam negeri, persekutuan serta agensi-agensi hadir bagi memeriahkan sambutan ketibaan konvoi KMJG 2023 yang diketuai oleh Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor di pekarangan Majlis Daerah Penampang.


Hadir sama, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk John Ambrose, Pegawai Daerah Penampang, Francis Chong dan Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Penampang, Brian Matasing.

Comments


bottom of page