top of page

JBPM bersiap siga pada musim sambutan Hari Raya Aidilfitri

  • nabalunews
  • Mar 29
  • 2 min read


29 Mac 2025


KENINGAU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah sentiasa bersiap siaga menerima panggilan kecemasan pada musim sambutan Hari Raya Aidilfiri.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Zainal Madasin berkata, tiap-tiap tahun musim perayaan anggota bomba bersedia untuk sebarang kemungkinan yang berlaku masa perayaan.


Katanya, pada musim Hari Raya Aidilfitri ini ramai masyarakat balik kampung dan jika kejadian yang tidak diduga berlaku seperti kemalangan, kebakaran, lemas semasa mandi-manda anggota bomba sentiasa bersiap siaga.


"Ini kesiapsiagaan kita walaupun musim perayaan walaupun cuti, mereka (anggota) bersedia, mereka "on call" untuk ke tempat kejadian kalau ada kebakaran atau pun kalau ada insiden yang besar.


“Pada musim perayaan, anggota bomba juga membuat rondaan dari satu tempat ke satu tempat selain menunggu panggilan kecemasan,”’katanya.


Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim, warga emas, fakir miskin dan orang kurang upaya sempena majlis berbuka puasa JPBM Sabah Zon Keningau di sini.


Pada sama, Zainal turut memperingatkan masyarakat setempat yang meninggalkan rumah khususnya pada musim perayaan ini agar memastikan semua sambungan peralatan elektrik dan mana-mana sumber elektrik ditutup.


“Jangan biarkan sambungan elektrik sentiasa dibuka agar tidak menjadi punca berlaku kebakaran.


"Begitu juga semasa memandu hati-hati dalam perjalanan jangan memandu melebihi had laju, kita tengok rakan-rakan atau pun keadaan sekeliling kita" katanya.


Menurutnya, bagi mereka yang bercuti bersama keluarga di tempat-tempat perkemahan pasti tempat yang selamat dan tidak berisiko dengan kejadian tanah runtuh dan kepala air.


Ini katanya, kerana pada musim cuaca yang tidak menentu di mana-mana tempat di negeri ini terdedah dengan kejadian tanah runtuh terutama di liring-liring bukit.


Terdahulu Zainal menghadiri Kempen Keselamatan Kebakaran Sempena Musim Perayaan dan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai dan Anggota JPBM Sabah Zon Keningau.


Hadir sama Zon JBPM Sabah Zon Keningau Yuszaimi Hairrul Azwan Haji Juatan, Pegawai-Pegawai Kanan JBPM Zon Keningau, para penyumbang dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page