top of page
Wartawan Nabalu News

Jelajah Merdeka 2022 penduduk Tonomon Sepulut




6 Sept 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


NABAWAN: Masyarakat Tonomon Sepulut  mengadakan Jelajah Merdeka 2022 sebagai tanda sayang rakyat pada negara dan menaikkan semangat kemerdekaan.

 

Timbalan Presiden Pertubuhan Aspirasi Anak Sabah (ASPIRASI) Rudey Asok berkata, program itu melibatkan 53 peserta mendapat sambutan amat baik daripada penduduk setempat.

 

“Program Jelajah Merdeka ini sebagai peringatan kepada semua masyarakat untuk berani berjuang dan berkorban demi mempertahankan kedaulatan negeri Sabah, negara dan maruah rakyat di negara ini.

 



“Kita mempunyai tanggungjawab yang sangat besar sebagai warganegara Malaysia iaitu memastikan kedaulatan negara ini sentiasa terpelihara sepanjang masa,” katanya.


Rudey berkata, pelbagai acara diadakan antaranya lawatan ke Galeri Maliau Basin dan Kanopi Maliau Basin.


“Menjadi satu kepuasan kepada kami apabila dapat menikmati pelbagai tempat yang menarik di kawasan Maliau Basin lebih-lebih lagi pada bulan kemerdekaan,” katanya.

 

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada masyarakat kampung Tonomon Sepulut dan Kalampun yang terlibat menjayakan Jelajah Merdeka 2022.

Comentarios


bottom of page