top of page

Jualan Agro Madani tawar bekalan agromakanan harga berpatutan

  • Wartawan Nabalu News
  • Aug 5, 2023
  • 1 min read

5 Ogos 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Program Jualan Agro Madani merupakan kerjasama strategik Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) berkonsepkan jualan pada harga berpatutan dan rendah berbanding harga pasaran.


Menurut Pengarah FAMA Negeri Sabah Sarman Sidno fokus program ini menjamin ketersediaan bekalan agromakanan dan memberi pilihan kepada pembeli untuk mendapatkan bekalan agromakanan pada harga yang munasabah.


"Harga jualan merangkumi penjimatan 10 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran setempat bagi produk terpilih.


"Fokus lokasi bagi program ini adalah di kompleks atau premis kerajaan, cawangan peruncitan agensi di bawah KPKM, Projek Perumahan Rakyat (PPR), kawasan perumahan, kawasan miskin bandar dan pinggir bandar," katanya ketika ditemui pada Program Jualan Agro Madani, di sini semalam.


Tambahnya, istimewanya hari ini adanya promosi Kombo Madani iaitu jualan barangan runcit berpakej dilengkapi keperluan seperti ayam, sayur, dan bahan-bahan runcit lain.

“Nilai setiap kombo madani ini RM20 namun terhad kepada 100 pengunjung sahaja," kongsinya.


Sementara itu, menurut seorang usahawan Augustina J Ringgingon, 22, program ini memberi peluang kepada anak muda belajar menjadi usahawan.


"Saya harap program ini diteruskan agar kami anak muda lebih bersemangat menceburi bidang usahawan selain mengembangkan jualan agromakanan," katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page