top of page
  • Wartawan Nabalu News

Jumlah kes Covid-19 di Sabah hari ini menurun


21 Julai 2021 Oleh Wartawan Nabalu News KOTA KINABALU: Jumlah kes positif baharu Covid-19 di Sabah pada hari ini ialah sebanyak 474 kes iaitu penurunan 183 kes berbanding 657 kes semalam (20 Julai), menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 76,927 kes. Satu kes kematian turut dilaporkan hari ini iaitu di Beaufort. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, penurunan jumlah kes baharu pada hari ini disebabkan oleh ketiadaan kes positif baharu dari kluster penjara, kecuali lapan kes dari Penjara Tawau. "Penyumbang utama kes hari ini adalah dari saringan kontak rapat iaitu sebanyak (227) kes atau 47.9 peratus dari kumulatif harian Negeri Sabah, diikuti dengan 82 kes dari saringan kluster, 71 kes dari saringan bergejala, 55 kes dari saringan bersasar dan 39 dari saringan lain-lain kes. "Daerah yang merekodkan kes tertinggi pada hari ini ialah Kota Kinabalu dengan 128 kes, diikuti Beaufort dengan 76 kes, Penampang (45 kes), Tawau (36 kes), Keningau (24 kes), Ranau (22 kes), Tuaran dan Sipitang (19 kes), Putatan (18 kes), Beluran (15 kes), Kudat (14 kes), Kota Belud (12 kes), Sandakan dan Papar (sembilan kes), Semporna (tujuh kes), Tongod (enam kes), Lahad Datu (empat kes), Kunak, Kinabatangan, Telupid dan Tenom masing-masing dua kes, serta satu kes direkodkan di Kalabakan, Tambunan dan Kot Marudu. "Tiga daerah mencatatkan sifar kes iaitu Pitas, Kuala Penyu dan Nabawan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini. Masidi berkata, dari segi jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh, pada hari ini 311 kes sembuh menjadikan jumlah kumulatif 72,059 orang. “Seramai 3,597 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 526 orang di hospital, 2,032 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala 1,030 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. “Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 66 orang dan 19 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

bottom of page