top of page

JUMLAH KUMULATIF COVID-19 DI SABAH 35,888 KES

  • Wartawan Nabalu News
  • Dec 26, 2020
  • 1 min read


26 DIS 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan 248 kes positif baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 35,888 kes dan satu kes kematian direkodkan di Sandakan, hari ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada jumlah itu 169 kes berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala (37 kes), saringan kluster-kluster sedia ada (26 kes) dan 16 kes dari lain-lain kategori.


“Daerah Kota Kinabalu mencatatkan 49 kes, Lahad Datu (38 kes), Sandakan dan Penampang masing-masing 36 kes, Papar (22 kes), Putatan (15 kes), Tawau (14 kes), Ranau dan Tuaran masing-masing lapan kes.


“Kota Belud, Semporna masing-masing lima kes, Kinabatangan (empat kes), Keningau (tiga kes), Kunak dan Tenom masing-masing dua kes dan Kudat (satu kes).


“Hari ini Tambunan dikategorikan sebagai zon hijau menjadikan dua zon hijau di seluruh Sabah termasuk Nabawan,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, hari ini seramai 214 pesakit Covid-19 telah sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 33,571 orang.


“Sejumlah 1,553 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 567 orang di hospital dan 986 orang di PKRC.


"Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 57 orang dan 18 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page