• Wartawan Nabalu News

Kadar bunuh diri di Malaysia 5.8 per 100, 000 populasi pada 2019



10 September 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kadar kematian disebabkan bunuh diri di Malaysia pada 2019 adalah 5.8 per 100 000 populasi, kata Pengarah Kesihatan Sabah, Dr. Rose Nani Mudin.


Beliau berkata, nilai tersebut adalah berdasarkan data “Global Health Estimates” oleh World Health Organisation (WHO).


“Berdasarkan statistik NHMS 2019, sebanyak 500 000 rakyat di Malaysia mengalami kemurungan dan golongan ini berisiko 20 kali ganda untuk mempunyai tingkahlaku bunuh diri.


"Kita berharap agar statistik yang lebih terperinci dan tepat akan diperolehi setelah Sistem Registri Bunuh Diri dan Kematian Fatal Kebangsaan (NSFIRM) siap dibangunkan menjelang tahun 2023," katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Program Sinar Hati Tahun 2021 Sempena Sambutan Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia yang diadakan secara maya menerusi Facebook live Hospital Mesra Bukit Padang, hari ini.


Tempat pertama bagi pertandingan karya kreatif iaitu video pendek, dimenangi oleh Alvey De Anne Jacob dengan video bertajuk “ Suicide Prevention”, tempat kedua Kenneth Jackson Singli & Amee Soimon dengan video bertajuk “Rewind”.


Dua pemenang di tempat ketiga iaitu Joyce Alexander, Mohd Hisyamuddin, Wildeana Isak, Azriq Daniel Mohd Azhar, Chrisdayanti Chu Jie Tian dengan video bertajuk “Peluang Kedua”, dan Ng Chun Keat (Stigma).

Karya Yvonne Ng Yi Wen

Bagi pertandingan digital poster pula tempat pertama dimenangi oleh Yvonne Ng Yi Wen, Audellia Robertson (tempat Kedua) dan Nor Azlina Abdul Aziz (tempat ketiga).


Manakala bagi pertandingan lukisan poster pula para pemenanganya ialah seperti berikut;


Kategori Sekolah Rendah (Tahun 1 sehingga Tahun 3):

Tempat Pertama: Rey Ng Kar Lit

Tempat Kedua : Rezz Ng Kar Shun

Tempat Ketiga : Dellbert Julian

Karya Rey Ng Kar Lit

Kategori Sekolah Rendah (Tahun 4 sehingga Tahun 6):

Pertama: Amber Chee Jin Xuan

Kedua : Rex Ng Kar Hen

Ketiga : Dayangku Nur Ain Nadhirah Ak Abdul Latip

Karya Amber Chee Jin Xuan

Kategori Sekolah Menengah:

Tempat Pertama: Crystal Voo Siao Jing

Tempat Kedua : Candy Voo Siao Tian

Tempat Ketiga : Kong Choi Hu


Karya Crystal Voo Siao Jing

Kategori Sekolah Pendidikan Khas:

Pemenang : Adler Marcell Mazilisazar


Panel Juri yang terlibat bagi menghakimi pertandingan itu ialah Dr. Christina John Giman (Ketua Juri), Larry Steven Galono (Pereka Grafik Nabalu News) dan En. Albnis Dualis.


Selain pertadingan karya kreatif beberapa program anjuran Unit NCD dan Hospital Mesra Bukit Padang turut diadakan sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia 2021.


Antara program tersebut ialah Program Suicide Gatekeeper, latihan Penilaian Risiko and Pengurusan Kes Bunuh Diri di kalangan kakitangan KKM, ceramah dan latihan interagensi.


Dr. Rose turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua peserta yang menyertai aktiviti secara maya itu dan juga kepada ahli jawatan kuasa pelaksana khususnya Unit kawalan penyakit tidak berjangkit (NCD) dan Hospital Mesra Bukit Padang atas kejayaan menganjurkan pelbagai aktiviti bagi menyokong kempen “Let’s TALK Minda Sihat".