top of page

KADAR KEMISKINAN DI SABAH DIJANGKA MENINGKAT TAHUN DEPAN

Wartawan Nabalu News


22 DIS 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kadar kemiskinan di Sabah dijangka meningkat kepada 19.5 peratus pada tahun depan, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim.


Beliau berkata, ini kerana paras garis kemiskinan (PGK) tahun 2019 untuk negeri ini adalah sebanyak RM2,537.00 yang akan mula digunapakai tahun hadapan.


“Mengambil maklum saranan Adun usukan, kementerian saya menyedari bahawa ada keperluan untuk menyemak senarai daftar e-Kasih dari semasa ke semasa.


“Pendaftaran e-Kasih adalah berdasarkan pengiraan pendapatan isi rumah. Pendapatan isi rumah yang kurang daripada paras garis kemiskinan akan didaftarkan samaada sebagai miskin tegar atau miskin.


“Untuk makluman, PGK Tahun 2019 untuk Negeri Sabah adalah sebanyak RM2,537.00, yang akan mula digunapakai pada tahun hadapan,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi kementeriannya, pada persidangan dewan undangan negeri, di sini, hari ini.


Jahid berkata, jumlah daftar dalam sistem e-Kasih setakat 1 Disember adalah 81,692 orang.


Beliau berkata, Kerajaan Negeri melalui kementeriannya akan melaksanakan penambahbaikan sistem e-Kasih bersama-sama dengan jabatan dan kementerian Kerajaan Persekutuan.


Comments


bottom of page