top of page

Kadar Pemberian Mengikut Bilangan Orang Dinaikkan 25 Peratus

  • nabalunews
  • Mar 7
  • 1 min read

ree

7 Mac 2025


PUTRAJAYA: Kerajaan meluluskan kadar baharu bagi Pemberian Mengikut Bilangan Orang (Capitation Grant) melibatkan kenaikan 25 peratus atau RM109 juta kepada RM548 juta berkuat kuasa tahun depan.


Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kewangan Negara Tahun 2025 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis.


Anwar berkata, semakan kadar tersebut mencerminkan komitmen kerjaan MADANI untuk membantu Kerajaan Negeri menyempurnakan perkhidmatan kepada rakyat.


“Ini merupakan julung kalinya kadar Capitation Grant dikaji semula sejak tahun 2002,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan.


Menurutnya, mesyuarat yang turut dihadiri Premier Sarawak, Menteri-menteri besar serta Ketua-ketua menteri juga telah meluluskan penambahbaikan garis panduan pelaksanaan Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT).


“Tumpuan Kerajaan Madani untuk memelihara dan memulihara alam sekitar terbukti dengan peningkatan peruntukan EFT daripada RM150 juta pada tahun 2023 kepada RM200 juta pada tahun 2024, dan seterusnya RM250 juta untuk tahun ini," katanya.


Katanya, pemberian Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri mencecah RM9.3 bilion pada tahun 2024 dan ditingkatkan lagi dengan peruntukan RM9.8 bilion untuk tahun ini demi manfaat semua rakyat Malaysia.


Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Kerajaan Persekutuan akan melaksanakan pembangunan terangkum pada tahun ini.


“Projek pembangunan baru yang telah diluluskan dalam Belanjawan 2025 diselaraskan dengan mengambil kira keutamaan setiap Kerajaan Negeri.


“Peruntukan bagi program pertanian secara kerjasama dengan Kerajaan Negeri telah dilonjakkan kepada RM300 juta bagi tahun ini daripada RM150 juta pada tahun 2024,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page