Kadar pengangguran kekal pada 3.3% bagi April 2024, pasaran buruh stabil

11 Jun 2024
Oleh Wartawan Nabalu News
KUALA LUMPUR: Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, kadar pengangguran bagi April 2024 kekal stabil pada 3.3 peratus, dengan bilangan penganggur menurun sedikit kepada 566,400 orang.
Beliau menyatakan bahawa pasaran buruh bulan tersebut mencerminkan pertumbuhan ekonomi Malaysia yang menggalakkan.
Bilangan tenaga buruh pula meningkat sebanyak 0.1 peratus, mencapai 17.12 juta orang, sementara kadar penyertaan tenaga buruh kekal pada 70.3 peratus seperti bulan sebelumnya.
Dr. Mohd Uzir menjelaskan bahawa pertumbuhan positif ekonomi Malaysia dijangka berterusan pada suku seterusnya didorong oleh beberapa faktor, termasuk permintaan luar yang kembali pulih dan pengukuhan pelaburan sektor awam yang akan membawa kepada pertambahan pekerjaan.
"Ini akan menggalakkan penyertaan ke pasaran pekerjaan, sekali gus merancakkan lagi kedudukan pasaran buruh negara," tambah beliau.
Dengan perkembangan ini, situasi tenaga buruh negara pada bulan-bulan akan datang dijangka lebih positif, selari dengan prestasi ekonomi negara yang memberangsangkan.
Comentarios