top of page

Kanak-kanak lelaki rentung dalam kebakaran 38 rumah

  • nabalunews
  • Oct 27, 2024
  • 1 min read

27 Oktober 2024


TAWAU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun, rentung dalam kebakaran yang memusnahkan 38 rumah di Kampung Jati, Kinabutan Batu 5, Jalan Apas, tengah malam tadi.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, mayat mangsa ditemukan pada jam 4.50 pagi dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. 


Terdahulu, katanya, sepasukan 27 pegawai dan anggota bersama lima jentera bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 12.55 tengah malam.


Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian, pasukannya segera melakukan operasi pemadaman menggunakan satu aliran dua pancutan 1, 200 kaki daripada sumber air tangki jentera dan air terbuka.


"Kebakaran melibatkan 38 rumah jenis tidak kekal dengan luas keseluruhan 1.57 ekar terbakar sepenuhnya, berjaya dikawal pada jam 2.28 pagi sebelum ditamatkan jam 5.59 pagi,"katanya dalam kenyataan media hari ini.


Jemishin berkata, operasi tersebut turut dibantu enam anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Titingan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), polis dan Sabah Electricity.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page