- nabalunews
Kapal Doulos Hope kini di Sandakan
4 September 2024
Oleh Wartawan Nabalu News
SANDAKAN: Pameran buku terapung di atas kapal Doulos Hope dari Jerman kini dibuka kepada umum di Pelabuhan Sandakan bermula hari ini sehingga 22 September.
Sebanyak 2,000 buah buku dengan pelbagai jenis bahan bacaan dan lebih 100 sukarelawan dari lebih 30 negara menyertai pameran berkenaan.
Majlis pembukaan pameran buku itu disempurnakan Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee dan turut dihadiri Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Wilson Thomas, Pengarah kapal Doulos Hope, Nathan Schmutz dan Kapten kapal, BJ Tira.
Berucap pada majlis itu, Vivian berkata,
Doulos Hope bukan sekadar kapal yang berlayar ke Sandakan tetapi ia juga berkongsi komitmen yang sama untuk memberi maklumat, bantuan dan membawa harapan yang baik kepada seluruh dunia dengan program kemasyarakatan yang turut dilaksanakan.
Sementara itu Nathan berkata, mereka juga sangat komited dalam melaksanakan program kemasyarakatan dan mahu membantu seramai mana yang mungkin menerusi sukarelawan dari seluruh dunia yang menyertai perjalanan kapal itu.
Maklumat lanjut mengenai cara berkunjung ke Doulos Hope di Sandakan boleh diperoleh menerusi laman web rasmi kapal berkenaan.
Comments