top of page

Karnival Kita Madani Negeri Sabah 2025 platform terbaik sampaikan agenda kerajaan

  • nabalunews
  • May 5, 2025
  • 1 min read


Nizam menandatangani buku pelawat sempena penganjuran Karnival Kita Madani Negeri Sabah 2025 di Kg Batu Payung, hari ini.
Nizam menandatangani buku pelawat sempena penganjuran Karnival Kita Madani Negeri Sabah 2025 di Kg Batu Payung, hari ini.

5 Mei 2025


TAWAU: Hubungan baik antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri memberi banyak impak positif kepada rakyat Sabah, khususnya dalam usaha membasmi kemiskinan tegar.


Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, penganjuran Karnival Kita MADANI Negeri Sabah Tahun 2025 menjadi platform terbaik untuk menyampaikan agenda serta halatuju kerajaan ke arah usaha berkenaan.


Menurutnya, program itu sangat bermanfaat kepada masyarakat bandar dan luar bandar kerana membuka ruang kepada rakyat untuk mengenali dan mendapatkan terus perkhidmatan agensi-agensi kerajaan.


"Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita dapat bersama-sama menjayakan program ini yang menjadi medan interaksi rakyat dengan kerajaan, serta menyampaikan maklumat mengenai dasar-dasar MADANI secara langsung," katanya.


Nizam yang juga ADUN Apas berkata demikian sempena perasmian karnival tersebut di Kampung Batu Payung, yang dihadiri lebih 4,000 penduduk sekitar daerah ini, hari ini.


Dalam pada itu, beliau berkata, tahun lepas Kerajaan Negeri berjaya membantu 22,510 orang Ketua Isi Rumah (KIR) dalam senarai miskin tegar menerusi Program Menoktahkan Miskin Tegar Fasa Satu.


Malah, katanya, pemantauan berterusan akan dilaksanakan bagi memastikan golongan tersebut terus berjaya keluar dari garis kemiskinan.


Sementara itu, Nizam berkata, daerah ini mengalu-alukan penganjuran program berskala kebangsaan mahupun antarabangsa dan sentiasa bersedia untuk menjadi tuan rumah.


Katanya, pengalaman daerah ini menganjurkan siri Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) dengan jayanya menjadi kayu ukur keupayaannya dalam penganjuran acara besar.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas persediaan Tawau untuk menerima kehadiran Perdana Menteri yang dijadual merasmikan Program Madani Rakyat (PMR)

pada 9 hingga 10 Mei ini.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page