top of page
  • Wartawan Nabalu News

KASIH Harapan santuni lebih 100 ahli Persatuan Ibu Tunggal Penampang

23 Disember 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Pertubuhan Kebajikan Amal Isteri-isteri Harapan Malaysia (KASIH Malaysia) menyantuni lebih 100 ahli Pertubuhan Ibu Tunggal Penampang sempena sambutan Krismas, di Dewan Huguan Siou, Kg. Tuavon, di sini, kelmarin.


Majlis itu dihadiri oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick.


Penyerahan Mock Cheque dari KASIH Malaysia kepada Persatuan Ibu Tunggal Penampang disempurnakan oleh Ketua Biro Kemasyarakatan Datin Connie Parantis yang juga Isteri kepada Ahli Parlimen Penampang.

Pelbagai acara menarik disusun bagi memeriahkan sambutan itu, antaranya persembahan koir oleh ahli-ahli Pertubuhan Ibu Tunggal.


Connie berkata, program ini adalah inisiatifnya untuk membantu ahli-ahli Pertubuhan Ibu Tunggal kawasan Penampang dan KASIH Malaysia turut melaksanakan program seumpama ini di seluruh Malaysia untuk membantu wanita-wanita atau masyarakat yang memerlukan bantuan.


“Tahun depan, kita mencadangkan supaya program ini dilaksanakan sempena sambutan Tahun Baharu Cina di kawasan lain di Sabah,” katanya.


Comments


bottom of page