KAUM IBU KG. MELANGKAP TIONG SATU HATI BERGOTONG-ROYONG BINA KONKRIT TAPAK TAMUKAUM IBU KG. MELANGKAP TIONG SATU HATI BERGOTONG-ROYONG BINA KONKRIT TAPAK TAMU
top of page
  • Wartawan Nabalu News

KAUM IBU KG. MELANGKAP TIONG SATU HATI BERGOTONG-ROYONG BINA KONKRIT TAPAK TAMU



21 April 2021

Oleh Wartawan Nabalu News

KOTA BELUD: Kaum ibu di Kg. Melangkap Tiong bersatu hati bergotong-royong membina konkrit tapak tamu mingguan mereka, hari ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick yang hadir memberikan sokongan dan meninjau aktiviti gotong-royong tersebut menyatakan penghargaan dan ucapan tahniah kepada mereka.

"Saya tabik dengan semua ibu dan wanita yang turun bergotong-royong membina konkrit tapak Mini Tamu Badi-Badi Wanita Kg Melangkap Tiong hari ini. Saya juga ucapakan terima kasih kepada kaum bapa dan semua yang turut hadir membantu mereka.

"Pada minggu lepas, AJK Wanita ini berkunjung ke Pusat Khidmat Adun Kadamaian dan memaklumkan saya mengenai keperluan membina konkrit tapak tamu mingguan mereka.


" Justeru, saya telah sampaikan sumbangan RM5,000 di bawah Program Sentuhan Kasih ADUN Kadamaian. Hari ini, mereka melaksanakan pembinaan konkrit ini secara bergotong-royong," katanya.


Tamu Badi-Badi Wanita Kg Melangkap Tiong tersebut telah dimulakan sejak September tahun lepas yang dirasmikan oleh Ewon sebagai kawasan para ibu di kampung tersebut menjual pelbagai produk seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kuih-muih, produk kraftangan, bunga-bungaan dan sebagainya. Menurut Ewon, beliau akan terus komited untuk membantu pembangunan aktiviti ekonomi desa di Kadamaian yang dijalankan oleh komuniti.

"Walaupaun saya kini berada di luar kerajaan, tetapi saya akan terus melaksanakan amanah sebagai Adun Kadamaian sebaik mungkin.


"Dalam masa yang sama, saya akan terus mendesak dan memantau agar kerajaan dan pejabat pentadbir pembangunan Kadamaian hari ini dapat meneruskan pembangunan yang diperlukan oleh rakyat sepertimana yang telah dilaksanakan dalam tempoh dua tahun saya berada dalam kerajaan," kata Ewon.






bottom of page