• Marryan Razan

Kaunter Bergerak LPKP Wilayah Persekutuan Labuan, 8 dan 9 Nov


Norsiah Patah

5 November 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Pengusaha pengangkutan awam dan kenderaan barangan di Wilayah Persekutuan Labuan boleh berurusan di Kaunter Bergerak Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) di Terminal Bas Labuan pada 8 dan 9 November ini bermula jam 8 pagi.


Pengarah LPKP Sabah Norsiah Patah berkata, LPKP mengadakan inisiatif memberikan perkhidmatan kaunter bergerak di Wilayah Persekutuan Labuan selama dua hari untuk memberi peluang kepada mereka yang menghadapi kesukaran berurusan di LPKP Sabah akibat kekangan pergerakan rentas negeri.


Beliau berkata, jenis-jenis perkhimdatan yang akan disediakan oleh Kaunter Bergerak LPKP Sabah di Wilayah Persekutuan Labuan adalah permohonan lesen baharu, permohonan membaharui lesen, permohonan semula lesen dan permohonan ubah syarat lesen.


“Setakat Oktober tahun ini sebanyak 1,328 pemegang lesen pengusaha pengangkutan awam dan kenderaan barangan di Wilayah Persekutuan Labuan yang berdaftar dengan LPKP Sabah.


“Daripada jumlah itu, kebanyakannya pemegang lesen Lori Pembawa A iaitu sebanyak 900, diikuti pemegang lesen Lori Pembawa C, Bas Mini (130), Teks (91), Bas Sekolah (35) dan Bas Cater sebanyak 24 pemegang lesen,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Sehubungan itu Norsiah berharap agar pengusaha pengangkutan awam dan kenderaan barangan di Wilayah Persekutuan Labuan dapat mengambil peluang ini bagi memudahkan urusan berkaitan LPKP.


“Saya juga berharap melalui perkhidmatan kaunter bergerak ini dapat memantapkan lagi perkhimdatan pengangkutan awam dan kenderaan barangan,” katanya.