top of page
nabalunews

KD PENDEKAR karam sepenuhnya

26 Ogos 2024


KUALA LUMPUR: Tentera Laut Diraja (TLDM) mengesahkan kapal miliknya iaitu Kapal Diraja (KD) PENDEKAR tenggelam sepenuhnya di posisi dua batu nautika di Tenggara dari Tanjung Penyusop, Johor pada jam 3.54 petang semalam.


TLDM menerusi kenyataan, pada Ahad, memaklumkan usaha untuk menyelamatkan kapal melalui operasi salvaj masih dalam proses pelaksanaan.


"Usaha pantas komuniti maritim berjaya menyelamatkan kesemua 39 kru KD PENDEKAR sebelum kapal ditenggelami air sepenuhnya. Tiada kecederaan dilaporkan.


"Mereka kini berada dalam keadaan selamat dan ditempatkan di KD SULTAN ISMAIL di Tanjung Pengelih, Johor.


"Aset TLDM ditempatkan di lokasi kejadian bagi memantau keadaan semasa dan keselamatan persekitaran," kata kenyataan itu.


Menurut laporan Berita Harian, sebelum ini TLDM memaklumkan kapalnya mengalami kebocoran dan kebanjiran besar ketika melaksanakan penugasan operasi.


Kebocoran itu dipercayai berpunca dari kapal terlanggar objek bawah air.


"Kebocoran yang mula dikesan di Bilik Jentera kapal berkenaan merebak dengan cepat dan tidak terkawal. Kesemua kru berjaya diselamatkan setelah usaha untuk mengawal kebocoran serta menstabilkan kapal tidak berjaya," katanya.


TLDM menasihatkan orang awam untuk tidak menyebarkan maklumat insiden yang tidak sah dan perkembangan terkini akan dimaklumkan melalui sumber rasmi.

Comments


bottom of page