Marryan Razan
Kebenaran rentas negeri di Sabah, diketahui Rabu ini

10 Oktober 2021
Oleh Marryan Razan
KOTA KINABALU: Jawatankuasa Pengurusan Covid Negeri akan mempertimbangkan keputusan Kerajaan Persekutuan berhubungan kebenaran rentas negeri, Rabu ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, jawatankuasa itu akan mengemukakan cadangan dan perakuan kepada Jemaah Menteri yang bersidang Rabu ini untuk pertimbangan.
“Kita ambilkira peratusan penduduk dewasa di Sabah yang telah memperolehi vaksin lengkap belum sampai kepada 90 peratus (hanya sekitar 65 peratus), parasyarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk membolehkan rentas negeri,” katanya, di sini, hari ini.
Masidi berkata, Sabah masih berada dalam kawalan pergerakan perjalanan mengikut Zon (sistem Zon), dan kawalan rentas daerah di luar kawasan Zon masih berkuatkuasa.
“Pendirian Kerajaan Negeri mengenai rentas negeri akan diumumkan pada hari Rabu selepas Mesyuarat Kabinet,” katanya.