- Wartawan Nabalu News
Kekosongan kerusi Parlimen Pulai dimaklumkan kepada SPR
25 Julai 2023
Oleh Wartawan Nabalu News
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat telah memberitahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa kerusi Parlimen P161 Pulai kini kosong selepas kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub pada Ahad lalu.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata pihak SPR hendaklah mengisi kekosongan kerusi itu dalam tempoh 60 hari dari SPR mengesahkan kekosongan itu, selaras Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan.
"Saya selaku Yang Dipertua Dewan Rakyat, telah mengemukakan suatu pemberitahuan bertarikh 25 Julai 2023 kepada Pengerusi SPR, bahawa Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin Ayub telah meninggal dunia pada hari Ahad 23 Julai 2023," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham dan mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.
Comentários