top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kelab Han Loong Taekwondo Sabah raih 10 pingat emas di Kejohanan Taekwondo Remaja RTS Ke-12


Cemerlang..Howard (tengah) memenangi pingat emas bagi kategori Poomsae lelaki umur 12-14 lelaki 'Green Belt'.

7 Ogos 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kelab Han Loong Taekwondo Sabah menunjukkan prestasi cemerlang di Kejohanan Taekwondo Remaja Jemputan Antara Kelab RTS Ke-12 yang diadakan di Pulau Pinang, baru-baru ini.


Dalam kejohanan tersebut, kelab itu mendapat kedudukan naib juara dalam acara Poomsae keseluruhan dengan mengumpulkan 10 pingat emas, manakala kelab Smart Taekwondo Sarawak yang merangkul 12 pingat emas dinobatkan sebagai juara.


Kejohanan remaja yang diadakan pada 28 hingga 30 Julai itu disertai 61 kelab peringkat kebangsaan dari seluruh negara. Acara tersebut dirasmikan oleh bekas Menteri Besar Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Pasukan dari Kelab Han Loong Taekwondo Sabah bersama dengan pengiring.

Seramai 26 peserta daripada Kelab Han Loong Taekwondo Sabah bertanding dalam pelbagai kategori umur dari 6 hingga 17 tahun.


Antara peserta yang menonjol daripada kelab itu adalah Howard Gareth Eduardo dari SK Luyang Kota Kinabalu, yang memenangi pingat emas bagi kategori Poomsae lelaki umur 12-14 lelaki (Green Belt).


Pasukan kelab Han Loong Taekwondo Sabah diketuai oleh tiga jurulatih iaitu Master Ervin Ambu (pengurus), Master Liew Chee Ming dan Coach Emmanuel Siaw.


Dalam pada itu, kelab tersebut juga mendapat sumbangan daripada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, merangkap Ahli Parlimen Penampang dan ADUN Kadamaian Datuk Ewon Benedick dalam pengurusan atlet semasa kejohanan berlangsung. Isterinya, Datin Connie Parantis, turut hadir untuk memberi sokongan kepada pasukan kelab Han Loong Taekwondo Sabah sepanjang acara tersebut.

bottom of page