• Wartawan Nabalu News

Kelab Kebajikan Kadamaian aktif laksana program kebajikan



13 Disember 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Kelab Kebajikan Kadamaian Kota Belud, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) meneruskan program kebajikan dengan menyalurkan sumbangan kepada SK. Sayap dan Tabika Kemas Kg. Sayap, di sini.


Sumbangan berupa pelitup muka, hand sanitizer dan sabun cair itu bagi kegunaan murid-murid.


Pengerusi Kelab Shainim Epin menyampaikan sumbangan itu kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK. Sayap yang diwakili oleh Welen Dali dan PIBG Tabika Kemas Kg. Sayap diwakili oleh Sandra Idiam.


“Kita tahu pembukaan pembelajaran bersemuka di sekolah menuntut pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak jangkitan Covid-19.



“Pematuhan tersebut memerlukan persediaan keperluan SOP oleh pihak sekolah dan ibu bapa. Oleh itu saya berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban pihak sekolah dan kerisauan ibubapa dalam pelaksanaan pematuhan SOP semasa sesi pembelajaran berlangsung,” kata Shainim, hari ini.


Beliau berkata, dana program Kelab Kebajikan Kadamaian diterima daripada sumbangan orang perseorangan.


“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Datuk Ewon Benedick, selaku ADUN Kadamaian, yang sentiasa menyokong program-program anjuran kelab melalui sumbangan dana dan sokongan moral," katanya.