top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kelab malam dan pusat karaoke tidak dibenarkan dalam Fasa 4 PPN



10 November 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Aktiviti di kelab malam atau pub dan pusat karaoke, adalah antara yang tidak dibenarkan dalam prosedur operasi standard (SOP) Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) di negeri ini.


Selain itu aktiviti pelancongan ke dalam negara yang melibatkan pelancong asing memasuki Malaysia juga tidak dibenarkan.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, walaupun aktiviti sukan dan rekreasi dibenarkan beroperasi namun ia haruslah tidak melebihi kapasiti yang ditetapkan.


“Apa-apa aktiviti yang boleh menyebabkan ramai orang hadir di suatu tempat sehingga menyukarkan penjarakan fizikal dan pematuhan kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan adalah tidak dibenarkan,” katanya dalam kenyataan media.


Dari segi kehadiran kakitangan seKtor awam persekutuan, Masidi berkata kapasiti kehadiran adalah 100 peratus.


“Bagi seKtor awam negeri pula, kapasiti pekerja adalah mengikut peratusan pekerja yang telah lengkap divaksin dan tertakluk kepada ketetapan oleh pihak berkuasa negeri.


“Manakala bagi seKtor swasta pula, kapastii pekerja adalah mengikut peratusan pekerja yang telah lengkap divaksin,” katanya.


Kommentare


bottom of page