top of page
  • nabalunews

KELAYAKAN KETUA DAERAH MENERIMA RM300 BSP 3.0 DIPERSOAL


Mohammad Firdaus

25 Jun 2021


KOTA KINABALU: Kelayakan seorang Ketua Daerah menerima bantuan RM300 menerusi Bantuan Sabah Prihatin 3.0 telah dipersoal oleh Warisan.


Sehubungan itu, Ketua Wira Warisan Putatan Mohammad Firdaus meminta Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang dipimpin oleh Datuk Jahid Jahim menjelaskan perkara tersebut.


"Saya dimaklumkan seorang Ketua Daerah di Kinabatangan tersenarai sebagai golongan e-kasih di dalam pengkalan data KPLB. Perkara ini membangkitkan ketidakpuasan hati dan kemarahan rakyat.


"Setahu saya, gaji Ketua Daerah agak tinggi, sekitar RM2,800. Jadi mustahil untuk Ketua Daerah tergolong sebagai golongan miskin tegar," katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.


Firdaus berkata, penduduk tempatan di Kinabatangan juga memaklumkan kepadanya bahawa gaya hidup Ketua Daerah tersebut tidak mirip seorang miskin tegar.


"Suami isteri Ketua Daerah itu bekerja dengan kerajaan. Setiap bulan ada pendapatan tetap walaupun PKP.


"Jadi bagaimana Ketua Daerah itu boleh tersenarai sebagai layak menerima BSP 3.0?," katanya.


Firdaus berkata, bantuan itu seharusnya diberikan kepada rakyat yang benar-benar memerlukan.


"Tapi rakyat yang betul-betul susah maklumatnya tidak wujud."


bottom of page