top of page

Kemalangan di jalan Semporna-Tawau, seorang mangsa cedera

  • nabalunews
  • Dec 20, 2024
  • 1 min read

20 Disember 2024

 

SEMPORNA: Seorang wanita dilaporkan cedera dalam satu kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi terbabas sendiri ke bahu jalan dalam kemalangan di Kilometer 42, Jalan Semporna-Tawau, awal pagi tadi. 

 

Menurut Komander Operasi PBK II Asmaraie bin Nordanig, panggilan kecemasan diterima pada jam 3.02 pagi dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna tiba di lokasi pada jam 3.48 pagi. 

 

Difahamkan mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Tawau oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba.

 

Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian. Operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.10 pagi. 

 

Operasi melibatkan tujuh anggota dengan pemantauan keselamatan dilakukan.

Kommentarer


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page