- Wartawan Nabalu News
KEMASUKAN DARI WP LABUAN PENGARUHI PENINGKATAN KES COVID-19 DI SABAH

22 Mei 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Insiden kemasukan kes daripada Wilayah Persekutuan Labuan yang merentas negeri telah mencetuskan kluster baharu di Sabah seterusnya mempengaruhi jumlah kes Covid-19 di negeri ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, susulan peningkatan kes Covid-19 di W.P.Labuan iaitu 84 kes pada 21 Mei, 36 kes pada 22 Mei 2021 dan berlaku insiden kes WP Labuan yang merentas negeri telah mencetuskan kluster di Sabah.
“Kluster Abaka, Tawau dengan 38 kes pada hari ini membabitkan kes dari WP Labuan
yang mencetuskan kluster Abaka di Taman Abaka.
“Kluster Melikai, Menumbok juga melibatkan kes WP Labuan yang telah menjangkiti
16 kontak di kampung Melikai.,” katanya dan menambah R-Naught kes Labuan di tahap 2.55.
Sehubungan itu katanya, orang ramai yang pernah mengunjungi WP Labuan atau
menerima kunjungan daripada WP Labuan dinasihatkan supaya berhati-hati bagi memastikan pembendungan penularan pandemik Covid-19 dapat digiatkan sepenuhnya.