top of page

Kementerian Digital sasar lancar inisiatif MyDigital ID pada suku pertama 2025

  • nabalunews
  • Oct 26, 2024
  • 1 min read



26 Oktober 2024

 

PETALING JAYA: Beberapa inisiatif MyDigital ID dijangka diumumkan oleh Kementerian Digital pada suku pertama 2025, dalam usaha memperkukuh penggunaan identiti digital dalam kalangan rakyat Malaysia.

 

Menteri Digital, Gobind Singh Deo, menyatakan bahawa langkah ini bertujuan memperluas akses rakyat kepada perkhidmatan digital kerajaan melalui satu platform tunggal.

 

“Kita berharap boleh meyakinkan rakyat untuk menggunakan platform ini bagi mengakses perkhidmatan digital kerajaan, dan menyatukan semua perkhidmatan kementerian di bawah satu platform,” katanya selepas Program Sentuhan Kasih anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) di sini.

 

Antara usaha yang sedang dijalankan termasuk penyelarasan maklumat untuk memastikan pengguna boleh mengakses data melalui satu perkhidmatan.

 

MyDigital ID dilihat sebagai alat penting dalam pengesahan identiti digital secara selamat dan sah, selain berpotensi meningkatkan keselamatan serta kecekapan urusan dalam talian di Malaysia.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page