Kenaikan elaun kursus sukarelawan APM manfaatkan 10,000 anggota

11 Julai 2023
Oleh Wartawan Nabalu News
KUALA LUMPUR: Lebih 10,000 sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan mendapat manfaat daripada kenaikan elaun kursus anggota sukarelawan penyelamat pantai sebanyak RM40 sehari.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata kenaikan elaun itu melibatkan implikasi kewangan RM1.8 juta setahun dan bermula awal bulan ini.
Beliau berkata ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meningkatkan pengukuhan organisasi, kompetensi dan insani APM yang telah menyelamatkan 461 nyawa melibatkan kes lemas di pantai dalam tempoh lima tahun ini.
"Kursus ini penting kerana kita mahu sukarelawan ini naik taraf kemahiran. Walaupun kerajaan menghadapi masalah kewangan, APM melihat wajar dinaikkan kerana kali terakhir elaun kursus sukarelawan penyelamat pantai ini disemak pada 1970, hanya RM5 sehari," katanya.
Armizan, berkata kementerianya akan mengemukakan kepada kerajaan untuk mempertimbangkan bagii mewujudkan perjawatan kontrak dalam APM bagi memperkukuh peranan agensi itu sebagai urus setia jawatankuasa pengurusan bencana di daerah dan negeri.
"Pengurusan bencana ini bergerak atas tiga lapisan jawatankuasa, iaitu di peringkat pusat, negeri dan daerah]. Bagi negeri dan daerah, urus setia sekretariat kepada pengurusan bencana ialah APM," katanya.
Comments