top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kenyataan Bung tular di media sosial adalah palsu: SUA Bung



4 Okt 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Pejabat Timbalan Ketua Menteri menjelaskan bahawa mesej tular mengenai kenyataan media “UMNO Sabah hilang Kepercayaan terhadap Ketua Menteri” yang tular di media sosial dan WhatsApp adalah palsu.


Setiausaha akhbar kepada Timbalan Ketua Menteri Jaafar Abd Wahid (gambar) menerusi kenyataan medianya hari ini memaklumkan Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin yang juga Ketua UMNO Sabah tidak ada membuat sebarang kenyataan media mengenai perkara tersebut.


Menurut Jaafar kenyataan media tersebut telah diedit oleh individu yang tidak bertanggungjawab dengan mengambil kira situasi politik yang berlaku di Melaka ketika ini.


"Sehubungan itu, saya menyeru kepada semua pihak agar tidak mempercayai berita ini dan tidak menularkannya di media sosial,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.


Menurut Jaafar perbuatan mengedit kenyataan media ini dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab demi kepentingan politik.

コメント


bottom of page