top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kenyataan Media PH Sabah berhubung Saman Pemula


๐—ž๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐Ÿญ๐Ÿฎ ๐—ช๐—ฎ๐—ธ๐—ถ๐—น ๐—ฅ๐—ฎ๐—ธ๐˜†๐—ฎ๐˜ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป (๐—ฃ๐—›) ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ต๐˜‚๐—ฏ๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—ฆ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—น๐—ฎ (๐—ข๐—ฆ)


๐Ÿฎ๐Ÿฌ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฏ


1) Pada 3 Jun 2022, kami iaitu dua belas (12) wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) Sabah telah memfailkan Saman Pemula (OS) terhadap Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah di Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak di Kota Kinabalu. Kami memohon perintah mahkamah supaya Kerajaan Persekutuan mengiktiraf dan memenuhi hak perlembagaan Sabah seperti yang termaktub di bawah Perkara 112C dan Seksyen 2(1) Bahagian IV Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan. Hak perlembagaan memperuntukkan hak istimewa kepada Sabah untuk menerima geran khas dengan kadar dua perlima (formula 40%) daripada hasil bersih Persekutuan yang diperoleh dari Sabah.

ย 

2) Secara ringkasnya, untuk mencapai matlamat ini, Saman Pemula tersebut turut menuntut beberapa perkara seperti berikut: -

ย 

(a) Pertama, Kerajaan Persekutuan perlu mendedahkan kepada Kerajaan Negeri Sabah jumlah hasil bersih tahunan yang telah diperoleh selama ini dari Sabah;

ย 

(b) Kedua, kami juga memohon pengisytiharan bahawa semakan sepatutnya dilakukan pada tahun 1974 dan pembayaran berterusan dengan jumlah tetap iaitu RM26.7 juta bermula tahun 1974 tidak terpakai dan sebaliknya, perlu disemak dan dikira berdasarkan premis dan formula 40%; dan

ย 

(c) Ketiga, pengisytiharan bahawa semakan pada tahun 2022 (Semakan 2022) menurut seksyen 112D Perlembagaan Persekutuan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah adalah tidak berperlembagaan, terbatal dan tidak sah dan tidak berkuat kuasa.

ย 

3) Selepas Pilihan Raya Umum ke-15 dan setelah pembentukan Kerajaan Persekutuan yang baharu iaitu Kerajaan Perpaduan yang diketuai oleh Perdana Menteri YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) dan Jawatankuasa Teknikal MTPMA63 (Jawatankuasa Teknikal) telah dibentuk. Tujuan jawatankuasa tersebut adalah untuk menunaikan hak perlembagaan Sabah dan Sarawak seperti yang dimaksudkan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

ย 

4) Salah seorang Plaintif dalam Saman Pemula kami, iaitu YB Datuk Ewon Benedick telah dilantik sebagai ahli tetap MTPMA63 dan Jawatankuasa Teknikal tersebut; yang turut dianggotai oleh ahli-ahli yang mewakili Kerajaan Negeri Sabah.

ย 

5) Jawatankuasa Teknikal juga telah memutuskan bahawa hak Sabah berdasarkan formula 40% akan menjadi salah satu agenda dalam jawatankuasa dan perkara yang sama akan diselesaikan dalam tempoh 12 bulan bermula dari 18 Julai 2023.

ย 

6) Kami menyambut baik keputusan untuk membuat pendedahan terhadap jumlah bersih daripada hasil yang dikutip atau diperolehi dari Sabah setiap tahun kepada wakil kerajaan Negeri Sabah, sebagai ahli Lembaga LHDN apabila pindaan kepada Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) 1995 dibentangkan semula di Parlimen.

ย 

7) Kami juga dimaklumkan bahawa Semakan 2022 akan digantikan dengan Semakan baharu yang akan dibuat tidak lama lagi. Dan semakan ini akan meningkatkan jumlah geran khas yang akan diberikan kepada Sabah. Selain daripada itu, semakan baharu ini juga akan menyatakan dengan jelas bahawa ia adalah "penyelesaian interim" dan untuk itu tidak menjejaskan hak Sabah untuk menuntut pemberian khas berdasarkan formula 40% untuk tahun-tahun terjejas.

ย 

8) Berlandaskan kepada perkembangan tersebut, dua daripada tiga pengisytiharan yang kami tuntut dalam OS kami telah dipersetujui dan akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat.

ย 

9) Tuntutan bahawa Sabah sepatutnya menerima geran khas dari tahun 1974 berdasarkan formula 40%, adalah sebahagian daripada agenda Jawatankuasa Teknikal dan akan dimuktamadkan dalam tempoh 12 bulan (bermula dari 18 Julai 2023) seperti yang diumumkan baru-baru ini.

ย 

10) Kami turut mengambil kira pendapat undang-undang berhubung kedudukan beberapa ahli Plaintif dalam OS sebagai ahli Kabinet Persekutuan dan Negeri ketika ini, adalah tidak wajar untuk kami meneruskan tindakan undang-undang.

ย 

11) Setelah mengambil kira kemajuan yang telah dicapai dan perkara positif yang boleh dicapai menerusi Jawatankuasa Teknikal, kami berpendapat bahawa gerak kerja Jawatankuasa Teknikal harus disokong untuk untuk mencapai objektif yang ditetapkan semasa kami memfailkan OS tahun lepas.

ย 

12) Justeru, kami bersetuju untuk menarik balik OS terserbut tetapi dengan kebebasan untuk memfailkan semula. Sekiranya isu-isu selebihnya tidak diselesaikan, dan tidak dapat dipersetujui, kami berhak untuk membawa semula kes ini ke mahkamah agar kesemua hak perlembagaan seperti yang diperuntukkan dalam Perjanjian Malaysia 1963 dapat dituntut sepenuhnya.

๐—ฃ๐—น๐—ฎ๐—ถ๐—ป๐˜๐—ถ๐—ณ :

1. LIEW CHIN JIN

2. EWON BENEDICK

3. POON MING FUNG

4. MADIUS BIN TANGAU

5. AWANG HUSSAINI BIN SAHARI

6. CHAN FOONG HIN

7. PHOONG JIN ZHE

8. JANNIE LASIMBANG

9. PETO GALIM

10. TAN LEE FATT

11. VIVIAN WONG SHIR YEE

12. NOORITA BINTI SUAL

bottom of page