Keputusan permohonan ke universiti awam bagi lepasan STPM boleh disemak hari iniKeputusan permohonan ke universiti awam bagi lepasan STPM boleh disemak hari ini
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Keputusan permohonan ke universiti awam bagi lepasan STPM boleh disemak hari ini



15 September 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan bahawa keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) Sesi Akademik 2021/2022 bagi lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/Setaraf boleh mula disemak pada pada hari ini.


Menurut KPT, semakan keputusan boleh dibuat secara dalam talian mulai jam 12 tengah hari, hari ini hingga 25 September di pautan https://pt.utm.m, http://ipt.uum.edu.my, https://ipt.unimas.my, http://jpt.ums.edu.my dan http://ipt.umt.edu.my.


“Pengesahan persetujuan untuk menerima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak mulai 16 September hingga 25 September 2021 di laman web UA.


“Pihak UA akan mengeluarkan surat tawaran rasmi kepada mereka yang berjaya mulai 16 September 2021 setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh 10 hari seperti yang dinyatakan,” menurut KPT dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.


Manakala bagi calon yang gagal mendapat tawaran, mereka boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke UA di https://upu.mohe.gov.my.


“Permohonan rayuan bagi calon yang gagal hendaklah dibuat dalam tempoh 11 hari mulai 15 September 2021 sehingga 25 September 2021.


“Tawaran tempat bagi sesi akademik 2021/2022 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program dan universiti tidak dibenarkan,” menurut kenyataan itu lagi.


Tambah KPT, dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan.





bottom of page