top of page
nabalunews

Kerajaan bakal perkenal undang-undang baharu tangani jenayah dalam talian

14 Oktober 2024


KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang merangka undang-undang baharu untuk membendung jenayah dalam talian yang semakin meruncing, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.


Usaha ini bertujuan menangani isu penipuan dalam talian yang mencuri wang simpanan pengguna melalui akaun bank.


Azalina menjelaskan bahawa undang-undang tersebut akan dibahas dan dijangka diluluskan selepas pembentangan Belanjawan 2025 selesai pada Jumaat ini.


"Kerajaan telah mewujudkan kementerian digital yang menunjukkan masa depan negara ke arah digital.


“Kepekaan terhadap isu ini amat diperlukan, dan selepas belanjawan, kita akan bahas dan luluskan undang-undang jenayah dalam talian,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong, dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Comments


bottom of page