top of page

KERAJAAN BENARKAN RENTAS DAERAH, NEGERI MULAI ISNIN INI - ISMAIL SABRI

  • nabalunews
  • Dec 5, 2020
  • 1 min read

5 DIS 2020


KUALA LUMPUR: Kerajaan mengambil keputusan untuk membenarkan pergerakan rentas negeri dan daerah di seluruh negara tanpa kebenaran polis kecuali di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kelonggaran itu akan berkuat kuasa mulai Isnin ini.

Kerajaan juga katanya bersetuju semua kenderaan dibenarkan membawa penumpang mengikut jumlah kapasiti tempat duduk kenderaan masing-masing, mulai Isnin ini.


"Polis juga tidak lagi akan melakukan Sekatan Jalan Raya (SJR) mulai 7 Dis, tetapi memfokuskan kepada pematuhan SOP (prosedur operasi standard)," katanya pada sidang media perkembangan PKPP di sini hari ini.

Katanya justeru kerajaan amat berharap agar rakyat menjaga keselamatan diri masing-masing dan mengambil langkah-langkah pencegahan yang ditetapkan. - Bernama



 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page