top of page

KERAJAAN NEGERI MOHON PELANJUTAN PKPB DI SABAH

  • Wartawan Nabalu News
  • Oct 23, 2020
  • 1 min read

23 OKTOBER 2020


OLEH WARTAWAN NABALU NEWS


KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mengemukakan permohonan pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan tamat pada 26 Okt ini, kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk kelulusan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, ini kerana kes-kes Covid-19 di negeri ini masih terlalu tinggi.

“Pada masa ini, kerajaan negeri telah mengemukakan permohonan pelanjutan tempoh PKPB kepada pihak MKN untuk kelulusan memandang kes Covid di negeri ini masih terlalu tinggi,” katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada tempoh PKPB di Sabah yang tamat pada 26 Oktober dilanjutkan memandangkan, kes-kes baharu di Sabah masih tinggi.

Sebelum ini kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKPB di seluruh Sabah, ekoran peningkatan kes positif Covid-19 bermula 12 Oktober lalu sehingga 26 Oktober ini.

Mengenai kes baharu di Sabah, Masidi berkata, berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), jumlah kes positif baharu Covid-19 di Sabah pada hari ini adalah 528 kes dan bilangan kematian adalah lapan orang.

“Jumlah kumulatif kes Covid-19 di negeri ini adalah 10,396 kes. Sehingga hari ini, seramai 4,482 pesakit dilaporkan telah sembuh. Manakala, 5,830 pesakit sedang menerima rawatan dalam wad di seluruh Sabah,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page