• Wartawan Nabalu News

KERAJAAN NEGERI BENARKAN 'DINE IN' BERMULA SELASA: HAJIJI


Datuk Hajiji Haji Noor

28 Jun 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Orang ramai di Sabah kini boleh dine-in di restoran termasuk premis hotel, kedai, gerai makan, coffee house berkuatkuasa esok.


Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, dalam satu kenyataan berkata kerajaan negeri Sabah akan melaksanakan Pelan Pemulihan Negara - Fasa 1 mulai 29 Jun 2021 dengan mengekalkan sebahagian besar Standard Operasi Prosedur (SOP) Negeri Sabah PKP 3.0.


Berikutan itu, katanya beberapa aktiviti sosial dan ekonomi dibenarkan beroperasi.


"ini termasuk membenarkan Dine-In di dalam restoran, kedai makan dan restoran dalam premis hotel selain membenarkan gerai-gerai menjual sayur, ikan dan buah- buahan di tepi jalan raya dan kedai gunting rambut beroperasi," katanya.


Hajiji berkata, turut dibenarkan ialah aktiviti sukan dan rekreasi tidak bersentuhan fizikal seperti senaman, golf, memancing dan berbasikal adalah.


Sementara itu, beliau berkata aktiviti pembuatan dan perkilangan diperluaskan kepada getah, simen dan cat; kilang berasaskan kayu dan perabot.


Katanya perincian SOP Negeri Sabah akan dikeluarkan dalam masa terdekat.