top of page

Kerajaan Negeri komited selesaikan Fasa 1B Lebuhraya Pan Borneo

Wartawan Nabalu News



10 Julai 2024

Oleh Wartawan Nabalu News

 

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri III yang juga Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ir. Shahelmey Yahya  berkata, Kerajaan negeri Sabah bertekad bagi memastikan kelancaran Fasa 1B projek Lebuhraya Pan Borneo dengan menganugerahkan kesemua baki 19 pakej kerja pada tahun ini seperti yang dirancang.

 

Beliau yang juga Ahli Parlimen Putatan menjelaskan kaedah perolehan yang digunakan adalah secara tender prakelayakan terbuka, di mana hanya syarikat-syarikat yang layak sahaja dijemput untuk menyertai tender peringkat kedua.

 

“Langkah Ini diamnil bagi mengurangkan masa untuk memproses dan menilai,” katanya.

 

“Empat kontraktor telah dilantik dan telah memulakan kerja pembinaan sejak April 2024,” tambah beliau.

 

Menurutnya, 15 baki pakej kerja bagi Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Fasa 1B kini dalam proses penilaian akhir tender pra-kelayakan terbuka.

 

“Pakej ini sedia untuk penilaian tender dan telah diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan,” ujarnya semasa Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini, semalam.

 

Shahelmey memberi penjelasan tersebut sebagai jawapan kepada soalan ADUN Dilantik Datuk Seri Yong Teck Lee yang bertanya tentang langkah kerajaan negeri untuk mempercepatkan projek tersebut seperti yang diumumkan Perdana Menteri semasa perayaan Kaamatan pada Mei lalu.

 

Shahelmey juga memaklumkan bahawa Lembaga Perolehan Kementerian Kerja Raya Malaysia telah bermesyuarat pada Rabu (3 Julai) lalu dan akan menyerahkan senarai pemohon kepada Kementerian Kewangan untuk dimuktamadkan.

 

“Surat Setuju Terima kepada kontraktor dijangka dikeluarkan pada suku ketiga tahun ini,” katanya.

 

Secara keseluruhan, empat daripada 35 keseluruhan pakej bagi Fasa 1A dan 1B Projek Pan Borneo telah siap, lima belas pakej sedang dalam pembinaan dan 16 pakej lain dalam peringkat perolehan.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page