top of page

KERAJAAN NEGERI MAHU SHELL PERTIMBANG KEPUTUSAN KECILKAN OPERASI DI SABAH

  • Wartawan Nabalu News
  • Oct 23, 2020
  • 1 min read

23 OKTOBER 2020


KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri mahu SHELL Malaysia mempertimbangkan semula keputusan untuk untuk mengecilkan operasinya di negeri ini.


Timbalan Ketua Menteri Dato Sri Bung Moktar Radin berkata, kerajaan negeri memandang serius keputusan SHELL Malaysia kerana ia akan memberi impak ekonomi kepada para pekerja dan ekonomi negeri Sabah, secara keseluruhannya.


"Saya mendesak agar SHELL Malaysia mempertimbangkan semula keputusan tersebut kerana ini akan memberikan impak ekonomi kepada pekerja seterusnya kepada ekonomi di negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.


Bung yang juga, Menteri Pembangunan Infrastruktur berkata, Shell Malaysia sepatutnya berganding bahu bersama Kerajaan Negeri dalam mengimbangi ekonomi negeri terutama dalam keadaan sukar dimana seluruh dunia termasuk Sabah terkesan akibat pandemik Covid-19.


“Shell merupakan salah satu syarikat petroleum yang telah mendapat banyak manfaat di negeri ini melalui industri upstream dan downstream.


“Seharusnya Shell bersama-sama dengan Kerajaan Negeri dalam keadaan di mana seluruh dunia di serang wabak Covid-19,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page