• nabalunews

KERAJAAN NEGERI SEDIA MENGADAKAN PERSIDANGAN DUN



18 Jun 2021


KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata Kerajaan Negeri Sabah bersedia untuk mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada bila-bila bila masa sekiranya keadaan mengizinkan.


“Kami akan meminta nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) terlebih dahulu dan kami sedia untuk bersidang semula dengan mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Hajiji berkata, beliau telah mengadakan perbincangan dengan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Haji Kadzim Hj Yahya, semalam, susulan kenyataan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menzahirkan pandangan supaya persidangan Parlimen

diadakan secepat mungkin.