KERAJAAN NEGERI SETUJU LAKSANA PKPP, BENARKAN RENTAS DAERAH IKUT ZONKERAJAAN NEGERI SETUJU LAKSANA PKPP, BENARKAN RENTAS DAERAH IKUT ZON
top of page
  • nabalunews

KERAJAAN NEGERI SETUJU LAKSANA PKPP, BENARKAN RENTAS DAERAH IKUT ZON



3 Mac 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Kerajaan negeri bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan berkuatkuasa 5 Mac sehingga 18 Mac ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata berikutan itu, aktiviti rentas sempadan dibenarkan mengikut zon yang ditetapkan kecuali bagi daerah di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



"Daerah-daerah dalam Zon yang sama boleh merentas Daerah tetapi tidak boleh merentas zon," katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, zon1 melibatkan kawasan

Kota Kinabalu, Kota Belud, Ranau, Tuaran, Penampang, Putatan dan Papar.


“Zon 2 pula meliputi kawasan Beaufort, Kuala Penyu dan Sipitang, Zon 3 melibatkan Kudat, Kota Marudu dan Pitas.


“Zon 4 mencakupi kawasan Sandakan, Beluran, Kinabatangan dan Tongod. Zon 5 membabitkan kawasan Tawau, Semporna, Lahad Datu, Kunak dan Kalabakan dan Zon 6 merangkumi Keningau, Tambunan dan Tenom,” katanya.



Beliau berkata, dibawah PKPP, Kerajaan negeri juga bersetuju membenarkan Majlis Rasmi dan Tidak Rasmi Kerajaan dan swasta, majlis sosial seperti kendur majlis perkahwinan, pertunangan, resepsi, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion, retreat dan lain-lain majlis sosial.


Bagaimanpun, katanya ia tertakluk kepada 50 peratus kapasiiti ruang premis dengan mematuhi penjarakan fizikal, mewajibkan pemakaian pelitup muka dan mengikut SOP yang ditetapkan.


Sementara itu, Masidi berkata Sabah hari ini merekodkan 95 kes positif baharu Covid-19, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 53,138 kes.


Katanya pada hari ini juga terdapat satu kes kematian dilaporkan iaitu di daerah Putatan.




bottom of page