top of page

Kerajaan Negeri sumbang RM110 ribu untuk Anugerah Kewartawanan Kinabalu

  • nabalunews
  • Apr 19, 2025
  • 1 min read


19 April 2025


KOTA KINABALU: Kerajaan negeri meningkatkan sumbangan kewangan kepada RM110,000 untuk Anugerah Kewartawanan Kinabalu tahun ini.


Sumbangan disampaikan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor kepada Persatuan Wartawan Sabah (SJA) selaku penganjur anugerah berprestij berkenaan.


Penyerahan mock cheque itu disampaikan pada Majlis Hari Raya Aidilfitri Ketua Menteri Bersama Rakan Media di Dewan Bankuasi, Menara Kinabalu, hari ini.



Pengarah Media dan Komunikasi Jabatan Ketua Menteri, Datuk Lucy Irene Yong dalam

ucapannya berkata, Majlis Hari Raya Aidilfitri itu dihoskan khas oleh Ketua Menteri

khusus untuk para pengamal media.


Katanya, Hajiji dan Kerajaan Negeri amat menghargai peranan dan kerjasama pihak

media, yang terus memberi sokongan dan membantu melaporkan program-program

yang dilaksanakan oleh kerajaan.


“Sambutan tahun ini berbeza daripada tahun sebelumnya, kerana ia diadakan di Menara Kinabalu yang mempunyai dewan yang cantik dan indah,” katanya yang turut dihadiri Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam dan Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Joniston Bangkuai.



Turut hadir Pengarah Penerangan Negeri, Puan Jainisah Mohd Noor; Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Sabah, Mohd.Yusni

Mohamed Ali; Presiden SJA, Mariah Doksil,; Presiden Persatuan Wartawan Kota

Kinabalu (KKJA), Encik Jimmy Goh.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page