• Wartawan Nabalu News

KERAJAAN NEGERI TUNGGU PEWARTAAN SOP BAHARU: MASIDI



29 Jun 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri telah mengemukakan SOP baharu bagi Sabah kepada Kerajaan Pusat dan masih menunggu perwartaan SOP tersebut.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, perakuan SOP ini telah diputus sebulat suara oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Antara anggota Jawatankuasa ini ialah Ketua-ketua Jabatan yang mewakili Jabatan

Kesihatan Negeri Sabah, PDRM dan Majlis Keselamatan Negeri Sabah (MKNS) yang juga telah menyemak perakuan ini,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, merujuk kepada Merujuk Kenyataan Media Kerajaan Negeri Sabah bertarikh 28 Jun berkaitan perlaksanaan Pelan Pemulihan Negara - Fasa 1 bagi Negeri Sabah, Kerajaan Negeri telah mengemukakan SOP baharu bagi Sabah kepada Kerajaan Pusat dan masih menunggu perwartaan SOP tersebut.


“Setiausaha Kerajaan Negeri akan mengeluarkan kenyataan akhbar yang berasingan mengenai SOP Sabah secara terperinci,” katanya.