top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kerajaan Perpaduan komited selesaikan masalah air di Kelantan dan Sabah


14 Mei 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa kerajaan akan memulakan program besar-besaran untuk menyelesaikan masalah air yang masih melanda di beberapa negeri termasuk Kelantan dan Sabah pada tahun ini.


Beliau berkata, kerajaan tidak akan bertangguh-tangguh dalam memberi infrastruktur yang baik kepada rakyat, walaupun ia memerlukan peruntukan dan pinjaman yang besar.


“Tidak ada alasan untuk kerajaan tahun 2023 tak dapat memulakan program besar-besaran selesaikan ‘once and for all’ masalah air.


“Dia perlukan dana besar, dia perlu pinjaman, dia perlu sukuk, bon dan itu masalah kita. Jangan bebankan kepada rakyat.


“Jadi dalam tempoh dua minggu saya undang Menteri Besar Kelantan dan Ketua Menteri Sabah, dan pasukan untuk kira cari jalan menyelesaikan… kalau pun perlu berbilion ringgit kita mesti selesaikan tahun ini juga,” katanya dalam Amanat Perdana Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini.


Beliau berkata, beliau akan mengundang Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Nor dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam tempoh dua minggu ini untuk mencari jalan penyelesaian bersama.


“Jadi dalam tempoh dua minggu saya undang Menteri Besar Kelantan dan Ketua Menteri Sabah, dan pasukan untuk kira cari jalan menyelesaikan… kalau pun perlu berbilion ringgit kita mesti selesaikan tahun ini juga,” katanya.


Anwar juga menegaskan bahawa usaha itu tidak ada kaitan dengan kepentingan politik, sebaliknya ia merupakan agenda kerajaan dalam memperjuangkan nasib rakyat yang terjejas.

Comments


bottom of page