top of page

Kerajaan Persekutuan perlu beri keutamaan bangunkan infrastruktur asas dan utiliti di Sabah dalam RMK13

nabalunews

20 Disember 2024


KOTA KINABALU : Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor meminta Kerajaan Persekutuan memberi keutamaan kepada pembangunan infrastruktur asas dan utiliti di Sabah dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).


“Penyediaan utiliti asas seperti bekalan air bersih dan elektrik yang lengkap terutama di kawasan luar bandar adalah aspek penting dalam usaha meningkatkan taraf hidup rakyat selain dapat merangsang pelbagai aktiviti seperti pertumbuhan ekonomi serta pelaburan,” katanya seperti dilaporkan Bernama.


Hajijj berkata jurang pembangunan yang signifikan antara bandar dan luar bandar di Sabah adalah cabaran yang perlu diatasi secara kolektif dalam RMK13.


“Kerajaan negeri percaya bahawa pembangunan seimbang adalah kunci kesejahteraan masyarakat. Ini seiring dengan aspirasi kerajaan negeri untuk memastikan setiap rakyat, tanpa mengira lokasi geografi, dapat menikmati manfaat daripada pembangunan yang dilaksanakan,” katanya.


Hajiji berkata demikian dalam ucapannya di Sesi Libat Urus RMK13 bersama Kerajaan Negeri Sabah di sini pada Khamis.


Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page