top of page

Kerajaan pusat diminta percepat pelaksanaan projek Pan Borneo

  • Wartawan Nabalu News
  • Oct 31, 2021
  • 1 min read

31 Okt 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kerajaan Pusat perlu memberi perhatian kepada usaha mempercepatkan pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah.


Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, ini penting kerana kemudahan infrastruktur itu akan menjadi pemacu perubahan sekali gus mengembangkan lagi aktiviti ekonomi ke semua kawasan di Sabah.


Bagaimanapun katanya, pemberian peruntukan berdasarkan pakej dengan hanya satu atau dua pakej dilaksanakan setahun melambatkan penyiapan projek itu.


"Kita mahu projek Lebuhraya Pan Borneo dilaksanakan segera, bukan pakej demi pakej yang diberi peruntukan setiap tahun.


“Kalau hanya satu atau dua pakej diberikan setahun, berpuluh tahun pun belum siap lagi," katanya.


Menerusi bajet tahun depan, kerajaan Pusat menyediakan peruntukan untuk meneruskan pelaksanaan projek pembangunan infrastruktur negara bernilai RM3.5 bilion termasuk pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo dan projek penting lain.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page