top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kerajaan Sabah teliti beberapa entiti Kerajaan untuk penstrukturan semula


15 April 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah akan menstruktur semula beberapa entiti kerajaan yang tidak berprestasi dan membebankan tahung kewangan negeri, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor.


Beliau berkata kerajaan negeri sentiasa memantau dan menilai semula prestasi jentera kerajaan supaya kekal pada tahap optimum.


"Kita sedang dalam proses meneliti beberapa entiti untuk penstrukturan semula. Ini perlu supaya ia tidak membebankan tabung kewangan negeri," katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Media di Shangri-La Tanjung Aru Resort and Spa.


Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan nama entiti-entiti yang terlibat dalam penstrukturan semula itu.


Hajiji juga menghargai peranan media dalam membantu pembangunan Sabah dan berharap media terus memberikan liputan yang adil dan bertanggungjawab kepada kerajaan negeri.

Comentarios


bottom of page