top of page
Wartawan Nabalu News

KERAJAAN SEDIA SOP KHAS PENGURUSAN MANGSA BANJIR ELAK PENULARAN COVID-19



18 Jan 2021

Oleh Alice J


KOTA KINABALU: Keraajaan telah menyediakan pelbagai prosedur operasi standard (SOP) khas bagi mengurus mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di negeri ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, ini termasuk memastikan PPS menempatkan jumlah mangsa yang bersesuaian dengan penjarakan fizikal, menjalankan saringan asas, menyediakan buku pendaftaran, imbasan MySejahtera, pengasingan mangsa serta rawatan lanjut bagi mangsa yang bergejala oleh KKM.


“Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri juga telah membuat persiapan yang sewajarnya bagi penyediaan logistik, penempatan mangsadan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) untuk menghadapi bencana banjir di negeri ini yang diselaraskan oleh semua agensi Kerajaan yang berkaitan,” katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.


Mengenai sampel ujian Covid-19 yang belum diproses, Masidi berkata, sebanyak 3,799 sampel masih menunggu giliran untuk diproses, setakat hari ini (18 Jan).

Comments


bottom of page