Kerajaan tetapkan harga runcit diesel pada RM3.35 Seliter di semenanjung Malaysia bermula tengah malam Ini
Wartawan Nabalu News

9 Jun 2024
Oleh Wartawan Nabalu News
PUTRAJAYA: Bermula tengah malam ini, harga runcit bahan api diesel akan ditetapkan pada RM3.35 seliter di stesen minyak seluruh Semenanjung Malaysia.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, dalam sidang media mengenai Penyasaran Subsidi Diesel di Kompleks Kementerian Kewangan hari ini, mengumumkan langkah ini sebagai sebahagian daripada pelaksanaan penyasaran subsidi diesel oleh Kementerian Kewangan.
Jelas beliau, melalui pelaksanaan penyasaran subsidi diesel, kerajaan menetapkan harga diesel kepada sektor-sektor yang layak.
Beliau menjelaskan bahawa Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 akan menggunakan kaedah 'fleet card' bagi kenderaan logistik berkelayakan untuk membendung kesan terhadap harga barangan pengguna, dan harga ditetapkan pada RM2.15 seliter.
Selain itu, beliau menegaskan bahawa harga SKDS 1.0 bagi kenderaan pengangkutan awam darat termasuk bas sekolah, bas ekspres, ambulans dan bomba kekal pada harga RM1.88 seliter.
Diesel bersubsidi untuk nelayan juga akan kekal pada harga RM1.65 seliter.
Comentários